[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia

Astro Awani 16/06/2024 | 02:15 MYT
Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
“Jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.
Pejabat Menteri Pendidikan turut memaklumkan, pengurusan jenazah dijangka dibuat di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, dekat Selangor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan berkenaan turut berkata, Allahyarham Dr Siti Zalikhah sepanjang hayatnya merupakan seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.
Sebelum ini, media melaporkan ibu Fadhlina menerima rawatan rapi di hospital sama.
#meninggal dunia #ibu Menteri Pendidikan #Fadhlina Sidek #ibu Fadhlina Sidek