NATIONAL

Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia

Azizah Alwi 06/10/2024 | 03:30 MYT
Mendiang merupakan isteri kepada mantan anggota kabinet Sarawak yang pernah menjawat Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Celestine Ujang.
KUCHING: Ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Puan Sri Elizabeth Pawa, 76 tahun meninggal dunia di kediamannya di sini sekitar jam 9.55 pagi Ahad.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Alex menerusi hantaran akaun X beliau sebentar tadi.

Mendiang merupakan isteri kepada mantan anggota kabinet Sarawak yang pernah menjawat Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Celestine Ujang.

Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.

"Di sebalik kesedihan yang menyelubungi hati, kami akan mengingati detik-detik berharga dan kenangan yang kami kongsi bersamanya.

"Dalam tempoh berkabung ini, kami mendapat kekuatan menerusi kasih sayang dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semasa mengharungi detik sukar diatas pemergian ibu mertua," tulis Alex.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau turut memohon doa semua pihak atas pemergian ibu mertuanya itu.










#Elizabeth Pawa #Alexander Nanta Linggi #meninggal dunia #terkini