awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan

Bernama
Bernama
20/01/2023
05:55 MYT
Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan
Umishahirah dibawa ke Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini untuk berdepan pertuduhan membunuh anaknya yang berumur 18 bulan di Cyberjaya, minggu lepas. --fotoBERNAMA
SEPANG: Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya berumur setahun enam bulan di Cyberjaya, minggu lepas.
Umishahirah Khalid, 20, yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman yang menjalankan tugas sebagai majistret bagi kes tersebut.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kerani swasta itu didakwa membunuh anak kandung lelakinya di sebuah unit kondominium di Cyberjaya antara 5.52 petang, 11 Jan hingga 11.30 pagi, 12 Jan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili oleh peguam Johan Radzi yang menggantikan peguam utamanya Farhana Abdul Halim.
Nur Sabrina memohon kepada mahkamah agar tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Ahmad Fuad yang membenarkan permohonan pihak pendakwaan, menetapkan 20 Mac sebagai tarikh sebutan kes dan penyerahan laporan perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh anak kandung
#Cyberjaya
#Mahkamah Sesyen Sepang
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan