awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk

Bernama
Bernama
13/06/2017
13:15 MYT
Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk
Mohd Rozi berkata, sistem kawalan yang longgar memberi peluang kepada pencuri untuk memecah masuk ke dua pejabat tersebut. - Gambra fail
Selepas gagal memperoleh barang berharga di pejabat Jabatan Imigresen Kedah di Tingkat Dua Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit di sini, sekumpulan pencuri kemudian bertindak memecah masuk pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bangunan yang sama.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan mendapati pencuri tersebut berjaya melarikan wang tunai hampir RM2,000 dalam kejadian di bangunan yang terletak bertentangan di Bangunan Wisma Persekutuan tersebut.
"Kami turut menjumpai beberapa kesan cap jari di kedua-dua pejabat berkenaan dan tindakan mengesan suspek sedang dijalankan. Sehingga kini kami masih belum membuat sebarang tangkapan," katanya.
Mohd Rozi berkata, sistem kawalan yang longgar memberi peluang kepada pencuri untuk memecah masuk ke dua pejabat tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun penjara dan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Rozi Jidin
#Anak Bukit
#Jabatan Imigresen Kedah
#KDN
#Kedah
#Kementerian Dalam Negeri
#KPDNKK
#pecah masuk
#pencuri
#polis
#sistem kawalan longgar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan