MALAYSIA
Ibu saudara ditahan bantu kes kanak-kanak dipukul guna tukul
Polis tahan ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang parah dipukul dengan objek dipercayai tukul di Bachok. -Gambar fail
KOTA BHARU: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki parah dipukul dengan objek dipercayai tukul di Jalan Pasar Jelawat, Bachok, petang semalam.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata wanita berusia 36 tahun yang juga ibu saudara kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditahan sejurus kejadian dan dia disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selepas disahkan mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentakan objek tumpul.
"Hasil siasatan turut mendapati suspek utama adalah bapa saudara mangsa berusia 46 tahun yang melarikan diri menaiki motosikal sebelum ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi, Bachok, kira-kira 8.30 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azrie berkata siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengalami masalah halusinasi dan memiliki rekod penyalahgunaan dadah.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis tahan ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang parah dipukul dengan objek dipercayai tukul di Bachok
- Suspek utama, bapa saudara mangsa, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di Pantai Melawi selepas melarikan diri
- Mangsa alami kecederaan serius di kepala dan dirawat di Hospital USM, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001