awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/05/2020
02:30 MYT
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Zawiah sekeluarga juga terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana penyakit misteri anaknya masih belum sembuh. - Astro AWANI
Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib anak lelakinya yang menghidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat bercakap dan tidak mampu bergerak bebas.
Zawiah Hassan berkata, anaknya, Muhammad Safwan Mohd Afizan, 23 tahun, terkena penyakit misteri selepas sering histeria ketika belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu sejak Ogos tahun lalu.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Namun, penyakit misteri yang dialami Muhammad Safwan tidak dapat dikenalpasti.
Zawiah, 44 tahun, berkata, mereka sekeluarga juga terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri tahun ini kerana penyakit misteri anaknya masih belum sembuh.
"Tidak terbilang banyak juga (usaha berubat). Rata-rata sudah pergi. Paling jauh Kota Bharu. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak boleh pergi.
"Pernah kena imbas kepala. Pergi periksa di hospital, katanya tiada ada-apa. Malah, hendak ambil air tulang belakang. Kita pun balik berubat cara kampung. Masih tidak sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mentara Lama, di sini.
Terdahulu, Zawiah menerima bantuan daripada Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Muhammad Safwan dikatakan sering terkena histeria ketika belajar di KPTM Kota Bharu. Foto Astro AWANI
Muhammad Safwan dikatakan sering terkena histeria ketika belajar di KPTM Kota Bharu. Foto Astro AWANI
Zawiah sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah, namun kini tidak mempunyai sebarang pendapatan apabila terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Muhammad Safwan.
Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan hanya cukup untuk membeli barangan kelengkapan dan lampin pakai buang Muhammad Safwan.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Zawiah di talian 017-9396791 atau menerusi akaun Bank Islam miliknya.
Topic Berkaitan
#anak sakit
#biu tunggal
#Gua Musang
#hilang pendapatan
#histeria
#Hospital
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Kota Bharu
#KPTM
#pelajar
#pembantu kantin sekolah
#penyakit misteri
#tradisional
#Zawiah Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan