Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membuat laporan palsu kejadian lemas membabitkan dirinya, Januari lalu.
Pengakuan Siti Rukiah Hassan, 37, direkodkan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorida selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Melayu.
Tertuduh yang beralamat di Felda Jengka 14 di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 4.30 petang, 21 Jan lalu di sungai berhampiran jambatan Felda 15 di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Salam Yusof mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam pada prosiding itu merayu mahkamah mengurangkan jaminan sebanyak RM2,000 yang ditawarkan pendakwaan atas alasan dirinya sebagai ibu tunggal.
"Saya hanya menjual nasi lemak. Saya minta supaya jaminan saya dapat dikurangkan," katanya yang tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Nur Syafiqah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan untuk lantikan peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Tertuduh membuat laporan palsu kejadian lemas membabitkan dirinya di sungai berhampiran jambatan Felda 15 pada Januari lalu. - Gambar hiasan
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kelar anak: 'Suspek kerap termenung, dengar bisikan' - Suami
Wanita berusia 31 tahun yang didakwa mengelar leher anaknya sehingga maut semalam, didakwa sering termenung dan mendengar suara orang berbisik.