MALAYSIA
Ibu Zara Qairina menitis air mata semasa proses pengecaman
Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah (gambar kiri).
KOTA KINABALU: Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat sebelum proses bedah siasat dilakukan terhadap jenazah anak tunggalnya itu.
Ringkasan AI
Perkara itu dikongsikan oleh peguam yang mewakilinya, Hamid Ismail ketika memberikan perkembangan berhubung proses bedah siasat yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini.
"Proses bedah siasat masih lagi berlangsung, kita masih menunggu keputusannya. Jadi kita terpaksa bersabar.
"Memang mengambil masa yang lama. Kami tidak boleh masuk untuk tahu peringkat mana, tetapi pasukan peguam, Shahlan Jufri, berada di dalam.
"Suasana di dalam sayu, ibunya tadi sedih. Dia menitiskan air mata ketika proses pengecaman tetapi dia kuat," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.
Sementara itu, beliau turut mengambil peluang untuk menangkis beberapa perkara yang tular di media sosial ketika ini, termasuk satu video yang memaparkan seorang wanita menjerit dan memaklumkan ia bukanlah Noraidah.
"Saya mahu menyampaikan satu perkara, ada tular di TikTok video wanita menjerit-jerit, itu bukan ibu Zara. Saya harap penonton semua jangan sebar perkara-perkara fitnah. Kita tidak mahu ada orang yang difitnah.
"Kalau boleh, sokonglah ibu Zara yang sekarang ini emosinya dalam keadaan tertekan. Saya harap mereka faham," jelasnya.
Tambah beliau, satu lagi perkara tular adalah mengenai pihak yang didakwa mengumpulkan dana untuk bayaran kos guaman.
Hamid sekali lagi menafikan perkara itu.
"Saya baru tahu ini daripada TikTok yang meminta sumbangan bagi bayaran guaman kepada kami. Kami tidak ada membuat sebarang kutipan sumbangan kerana kes ini adalah pro bono.
"Jadi jika ada pihak menubuhkan tabung untuk membayar khidmat guaman, itu semua adalah palsu. Tidak benar," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Noraidah Lamat menitiskan air mata semasa proses pengecaman jenazah anaknya sebelum bedah siasat dijalankan, namun kekal tabah menghadapi situasi di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I.
- Peguam Hamid Ismail menafikan video tular di TikTok yang memaparkan wanita menjerit sebagai ibu Zara, serta menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah dan menghormati emosi keluarga.
- Hamid turut menafikan dakwaan kutipan dana untuk bayaran guaman, menjelaskan bahawa kes ini dikendalikan secara pro bono dan sebarang tabung sumbangan adalah palsu.