awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2023
08:18 MYT
Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur
Ismanira berkata ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya. -Foto Sinar Harian/Instagram
SHAH ALAM: Ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu, memberi kebenaran kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya.
Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata, ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
“Ramai yang bertanya pada saya, ramai yang minta izin nak datang ziarah pusara Zayn.
"Boleh, saya izinkan, asalkan tidak buat perkara yang tidak sepatutnya. Boleh ke nombor kubur 6608.
“Saya okey saja, terima kasih banyak-banyak pada semua sebab selalu ambil berat dan peduli tentang Zayn, dari awal kehilangannya sampai sekarang masih lagi setia ambil peduli.
“Syukur, alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.
Sebelum ini, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia sehari selepas dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Mayatnya dijumpai di sebatang anak sungai di sekitar kawasan terbabit pada malam 6 Disember dan laporan bedah siasat mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Dalam pada itu, Ismanira turut memberitahu, tempahan batu nisan telah dibuat selepas beberapa hari Zayn dikebumikan, namun masih belum dipasang kerana prosesnya mengambil sedikit masa.
“Ada juga yang bertanya, kenapa kubur Zayn tiada nama, batu nisan lagi. Ada, kita dah tempah awal-awal haritu, selepas beberapa hari arwah dikebumikan.
“Kita dah siap tempah, cuma ambil masa sikit untuk siap dan pasang,” tambahnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#beri izin orang ramai ziarah kubur
#Ismanira Abdul Manaf
#Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan