MALAYSIA
Ibu Zayn Rayyan mohon dibebaskan sementara dengan ikat jamin
Ismanira (dua, kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 20 hari lalu, memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya dibebaskan sementara dengan ikat jamin.
Ismanira Abdul Manaf, 30, selaku pemohon membuat permohonan berkenaan sehingga keputusan rayuan dibuat terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autistik itu, dua tahun lalu.
Ibu kepada dua anak itu membuat permohonan berkenaan dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden, menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co pada 4 November lalu.
Menerusi notis usul berkenaan, dia yang juga bekas kerani memohon dilepaskan dengan ikat jamin yang sama diberikan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 13 Jun tahun lalu.
Katanya, ia termasuk sebarang syarat tambahan, perintah atau relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah Tinggi.
Susulan itu, dia memberi enam alasan yang membolehkannya dilepaskan sementara iaitu terdapat keadaan khas yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan diberikan.
Dia berkata, rayuannya mempunyai merit kerana melibatkan isu undang-undang yang serius serta berkemungkinan besar berjaya.
“Jika mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman, ia menyebabkan rayuan pemohon menjadi sia-sia.
“Isu-isu lain yang berbangkit akan ditimbulkan selepas alasan penghakiman Mahkamah Sesyen diperoleh,” kata notis terbabit.
Selain itu dia berkata, permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi kerana perkara sama telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada 3 November lalu.
Katanya, perkara ini disokong dengan pemfailan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim sama.
Sementara itu, ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan, Nadiah Misman menetapkan pendengaran permohonan berkenaan pada 4 Disember depan.
Mahkamah kemudian mengarahkan pendakwaan selaku responden dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman memfailkan afidavit balasan pada atau sebelum 25 November manakala hujahan 28 November depan.
Ia selepas peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira memberitahu, afidavit sokongan berhubung perkara itu telah dibuat pada 14 November lalu.
Selepas prosiding, Haresh berkata, sejak dipenjara bermula 31 Oktober lalu, Ismanira berada dalam keadaan baik dan sabar menanti permohonannya didengar di mahkamah ini.
“Dia kuat dan berada dalam keadaan baik serta memahami proses undang-undang yang perlu dilalui," katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Ramzani Idris.
Pada 31 Oktober lalu, Hakim Syahliza Warnoh menjatuhi Ismanira hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah atas kesalahan berkenaan.
Mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan.
Hakim berkata, tertuduh gagal menunjukkan faktor keistimewaan yang membolehkannya untuk menangguhkan hukuman tersebut.
Pada 13 Jun tahun lalu, Ismanira mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak sulungnya, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. - Sinar Harian