awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Zayn Rayyan titip pesanan sayu di Instagram

Bernama
Bernama
11/12/2023
11:37 MYT
Ibu Zayn Rayyan titip pesanan sayu di Instagram
Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: "No one else will ever know the strength of my love for you. After all, you're the only one who knows what my heart sounds like from the inside," demikian luahan hati Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.
Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.
Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian sejak pukul 9 pagi tadi untuk mencari petunjuk baharu serta mengutip sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang berkaitan, bagi membantu siasatan.
Pihak media juga dimohon oleh pihak polis agar tidak berada berdekatan dengan lokasi kejadian kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.
Sekumpulan petugas media yang akur dengan arahan polis itu berkumpul di satu kawasan yang redup di blok S apartment itu iaitu kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian.
Semalam, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak itu yang memasuki hari kelima siasatan.
Polis juga dilaporkan telah mengumpul 228 sampel DNA penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Ismanira Abdul Manaf
#Damansara Damai
#kanak-kanak autistik mati dibunuh
#Apartment Idaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan