ICERD: Penyerahan memorandum di Istana Negara, polis sedia pastikan keamanan

Fauzi Zin
Disember 8, 2018 00:35 MYT
Sebahagian daripada anggota polis trafik mendengar taklimat di hadapan pintu pagar Istana Negara. - Astro AWANI/Fauzi Zin
Kira-kira 170 anggota polis mula berkawal di hadapan Istana Negara sebagai langkah memastikan kelancaran dan keamanan apabila beberapa kumpulan silat dijadual akan menyerahkan memorandum sempena perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sini pagi Sabtu.
Seramai 138 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Brickfields dan 25 anggota dan pegawai polis trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar, mula melakukan kawalan keselamatan sejak jam 8 pagi.
Difahamkan, kumpulan silat yang akan menyerahkan memorandum berkenaan akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sebelum berarak menuju ke pintu 3 Istana Negara, pagi ini.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 170 anggota polis mula berkawal di hadapan Istana Negara sebagai bersiap siaga bagi himpunan beberapa kumpulan silat yang dijadual akan menyerahkan memorandum bagi membantah ratifikasi ICERD. #Himpunan812 #Daulat812 @501Awani pic.twitter.com/NBSaRgEXJN

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#himpunan #ICERD #Istana Negara #memorandum #PDRM #polis