KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, beliau bukan menteri yang bertanggungjawab meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Bagaimanapun beliau mengakui, ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018.
"Meratifikasi International Conventions on Human Rights ada dalam Manifesto PH, dan ada dalam ucapan PM (perdana menteri) di PBB (2018), tapi saya bukan menteri tentang ICERD," katanya di dalam ciapan twitter rasminya di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian, sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa, bahawa idea untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom merupakan idea Saifuddin dan bukannya idea DAP.
Pada 23 Nov 2018, Saifuddin yang merupakan Menteri Luar ketika itu dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet.
Mengulas mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Saifuddin berkata keputusan meratifikasi dan kemudian membatalkannya telah diputuskan di dalam Kabinet.
"Kedua-dua keputusan tentang meratifikasi dan lepas itu membatalkan Rom Statut, dibuat di Kabinet dan saya menteri bertanggungjawab," katanya.
Pada 5 April 2019, Tun Dr Mahathir mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Tun Mahathir berkata Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun.
Setiausaha Agung PBB, bertindak atas kapasitinya sebagai depositori, memaklumkan bahawa penarikan diri Malaysia dari instrumen itu berkuat kuasa pada 29 April 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
SAIFUDDIN: Kedua-dua keputusan tentang meratifikasi dan lepas itu membatalkan Rom Statut, dibuat di Kabinet. - Gambar fail
[TERKINI] BOJ tamatkan dasar kadar negatif, kawalan lengkungan hasil
Bank Pusat Jepun (BOJ) memutuskan untuk menamatkan Dasar Kadar Negatif (NIRP) dan Kawalan Lengkungan Hasil (YCC) pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan sentimen berhati-hati walaupun terdapat pengumpulan saham mewah yang berterusan.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu kesan musim panas ke atas tanaman padi, serta isu pelanggaran hak pekerja antara isu dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Laporan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah.
Laporan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah.
BOJ tamatkan dasar kadar negatif, kawalan lengkungan hasil
Syarikat-syarikat besar Jepun setuju naikkan gaji sebanyak 5.28 peratus pada 2024 dan ia dilihat boleh meningkatkan lagi kadar inflasi.
Pindaan RUU AUKU dibentang di dewan negara bulan depan - KPT
Rang Undang-undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 dijangka dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara pada April ini, susulan Dewan Rakyat telah meluluskan RUU berkenaan pada Isnin, 18 Mac.
Kemana hala tuju pendidikan kalau asyik ditukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan, sebelum ditukar-tukar bagi memastikan, insiatif berkenaan boleh dinilai, dan dikaji oleh para pendidik, dan penyelidik sama ada ia boleh diteruskan ataupun tidak.
Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United
Jurgen Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Video aneka juadah dikongsi pempengaruh tarik minat netizen memasak
Baru seminggu umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, nampaknya ramai yang sudah mula "pening" terutama para ibu apabila memikirkan menu masakan untuk dihidangkan ketika berbuka dan sahur.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KSM akan kuat kuasa Akta Kerja 1955 sepenuhnya, tiada kompromi
Tegas Menteri Sumber Manusia itu, negara ini ada raja dan undang-undang, tak kira siapa syarikat swasta, kerajaan, negeri mana, dan parti politik mana semua kena ikut undang-undang.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.
'Perbetulkan kompas pendidikan negara'
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sistem pendidikan negara adakalanya tersasar.
PN Pahang umum 18 portfolio tumpuan untuk bayangi, pantau peranan Exco
Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya.
Ramai Senator dalam Kabinet cacatkan demokrasi negara - Saifuddin
Saifuddin berkata jumlah luar biasa lantikan menteri dan timbalan menteri yang berstatus Senator dalam Kabinet dilihat mencacatkan amalan demokrasi di Malaysia.