awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (11 - 17 Julai, 2016)

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2016
23:25 MYT
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (11 - 17 Julai, 2016)
Berikut ialah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 11 Julai hingga 17 Julai.
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 11 Julai hingga 17 Julai.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu, empat mati ditembak ahli keluarga sendiri di Batu Maung, Tun Dr Mahathir Mohamad umum penubuhan satu pakatan parti pembangkang baharu, demam Pokemon Go melanda dunia, dan detik cemas kudeta di Turki.

ISNIN, 11 JULAI Video adik angkat Ronaldo bertadarus dapat perhatian Jika sebelum ini Cristiano Ronaldo menjadi sebutan kerana semangatnya yang berjaya membantu Portugal memenangi kejohanan EURO 2016, apa kurang dengan adik angkatnya. Martunis dipuji kerana tidak melupakan amalan sebagai umat Islam walaupun jauh di negara orang.Foto/Instagram martunis_ronaldo
Martunis dipuji kerana tidak melupakan amalan sebagai umat Islam walaupun jauh di negara orang. -Foto/Instagram martunis_ronaldo

SELASA, 12 JULAI Berbeza agama, Aamir Khan sambut hari raya tanpa isteri Aktor Bollywood, Aamir Khan mengakui tidak kesepian walaupun tanpa isterinya, Kiran Rao, di sisi pada Hari Raya Aidilftiri. Dipetik menerusi Times of India, Kiran dan anak mereka Azad Rao Khan yang beragama Hindu memilih untuk bercuti di sebuah destinasi yang dirahsiakan. Aamir Khan (tengah) bersama isteri Kiran dan Azad Rao. - Foto Astro Gempak
Aamir Khan (tengah) bersama isteri Kiran dan Azad Rao. - Foto Astro Gempak
Ronaldo menjuarai Euro 2016 sebagai seorang 'jurulatih' - Netizen "Cristiano Ronaldo menang kejuaraan Euro selepas beraksi sebagai 'jurulatih pasukan' buat kali pertama". Ini yang hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial susulan perlawanan akhir Euro 2016 awal pagi ini.
RABU, 13 JULAI
Empat mati ditembak ahli keluarga di Batu Maung Empat mati ditembak ahli keluarga sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, Pulau Pinang, awal pagi ini. Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan dipercayai menembak kesemua mangsa.
Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan dipercayai menembak kesemua mangsa.

KHAMIS, 14 JULAI Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang, bakal tubuh parti baharu Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.  Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang, bakal tubuh parti baharu.
Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang, bakal tubuh parti baharu.
Najib ucap tahniah kepada Perdana Menteri baharu Britain, Theresa May Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Theresa May atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu. May, 59, yang juga Setiausaha Negara UK mengambil alih jawatan berkenaan selepas bekas Perdana Menteri UK David Cameron meletak jawatan. - Gambar fail
May, 59, yang juga Setiausaha Negara UK mengambil alih jawatan berkenaan selepas bekas Perdana Menteri UK David Cameron meletak jawatan. - Gambar fail

JUMAAT, 15 JULAI Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu DEMAM Pokemon Go nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, walaupun baru seminggu aplikasi permainan itu dilancarkan. Pokemon Go
Pokemon Go
BERITA BERKAITAN: Pembaca berita cari Pokemon ketika bersiaran langsung
SABTU, 16 JULAI Keadaan di Turki luar biasa, rakyat Malaysia cerita detik cemas Keadaan di Istanbul menakutkan, kereta kebal berkawal di merata tempat dan bunyi jet pejuang kedengaran setiap masa, kata seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Turki, berhubung cubaan rampasan kuasa di negara itu. Seorang wanita membantu seorang lelaki yang ditembak selepas pertempuran dengan tentera Turki di pintu masuk ke jambatan Bosphorus di Istanbul pada 16 Julai 2016. - Foto AFP
Seorang wanita membantu seorang lelaki yang ditembak selepas pertempuran dengan tentera Turki di pintu masuk ke jambatan Bosphorus di Istanbul pada 16 Julai 2016. - Foto AFP
BERITA BERKAITAN: LAPOR LANGSUNG Rampasan kuasa tentera di Turki
AHAD, 17 JULAI Difteria: Kes pertama orang dewasa babitkan wanita 41 tahun - KP Kesihatan Seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan, disahkan positif penyakit difteria, menjadikan ia kes pertama melibatkan orang dewasa di negara ini tahun ini. Mangsa mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan. - Gambar hiasan
Mangsa mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan. - Gambar hiasan
Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 di GP Jerman Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Jerman. Khairul Idham naik podium kali kedua selepas GP Argentina April lalu. - Foto AP
Khairul Idham naik podium kali kedua selepas GP Argentina April lalu. - Foto AP
Topic Berkaitan
#11 Julai hingga 17 Julai
#Astro Awani
#Berita Pilihan Pengarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan