[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Identiti Kim Jong Nam disahkan melalui DNA anaknya - TPM Zahid

Astro Awani 15/03/2017 | 10:44 MYT
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengesahan identiti Kim Jong Nam (gambar) ditentukan melalui sampel DNA anaknya. -Gambar fail
Identiti rakyat Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas disahkan sebagai Kim Jong Nam.
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengesahan identiti itu ditentukan melalui sampel DNA anaknya.
"Saya sekali lagi mengesahkan mayat itu adalah mayat Kim Jong Nam," kata Datuk Seri Ahmad Zahid pada sidang media selepas pelancaran KUL VIP Access di KLIA, di sini, siang tadi.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik.
#kim jong nam #KLIA2 #Korea Utara #Timbalan Perdana Menteri #Zahid Hamidi