awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti

Bernama
Bernama
24/07/2024
15:30 MYT
Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti
Polis berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.
JERTIH: Identiti mayat lelaki lengkap berpakaian yang ditemukan terapung di Sungai Jertih dekat Masjid Hadhari, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi disahkan sebagai Mohd Azlim Yusof, 51, dari Tembila, Kampung Raja, di sini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.
"Bedah siasat terhadap mangsa telah selesai pada 2.30 petang tadi dan punca kematiannya ialah unascertained, namun tiada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mangsa dikatakan tinggal seorang diri di sebuah bilik yang disediakan pihak Masjid Hadhari sejak beberapa tahun lepas kerana kesempitan hidup.
Terdahulu, polis menerima laporan penemuan mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#identiti mayat terapung
#Sungai Jertih
#dikenal pasti
#Polis Daerah Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan