awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti nelayan hilang di perairan Redang dikenal pasti

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/08/2022
05:03 MYT
Identiti nelayan hilang di perairan Redang dikenal pasti
Usaha mencari lima nelayan hilang dilaksanakan menerusi laut dan udara yang merangkumi jarak 242 batu nautika. - Foto Maritim Terengganu
KUALA TERENGGANU: Identiti lima nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai karam di perairan Pulau Redang pada Isnin dikenal pasti.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, mangsa yang hilang adalah Zulkifli Umar, 48 tahun, Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49 tahun, Saludin Ismail, 50 tahun, Ahmad Zamri Ishak, 66 tahun, dan Mohd Nazri Abu Bakar, 48 tahun.
Kesemua mereka beralamat di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.
Muhammad Suffi berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dilaksanakan.
Jelasnya, pencarian dilaksanakan menerusi laut dan udara merangkumi jarak 242 batu nautika.
Beliau berkata Kapal Maritim (KM) REDANG, aset udara Bombardier CL415 bersama bot PERKASA 1234 telah berada di sektor pencarian masing-masing.
Kesemua mangsa yang dikhuatiri lemas itu beralamat di Kelantan. - Foto Maritim Terengganu
Kesemua mangsa yang dikhuatiri lemas itu beralamat di Kelantan. - Foto Maritim Terengganu
BACA: Bot karam di perairan Redang, 5 nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas
Terdahulu, lima tempatan termasuk tekong dilaporkan dikhuatiri hilang manakala seorang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai karam kira-kira jam 10 malam Isnin.
Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu dikatakan keluar dari Jeti Pasir Puteh.
Topic Berkaitan
#nelayan
#bot karam
#perairan Redang
#Maritim Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan