MALAYSIA
i-FUTURE 2025 kukuhkan kepimpinan digital belia berteraskan nilai dan integriti
Ahmad Zahid (tengah) ketika menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Sidang Kemuncak iFUTURE 2025 di ibu negara pada Sabtu. - Gambar KPT
KUALA LUMPUR: Lebih seribu pemimpin pelajar dari dalam dan luar negara dihimpunkan di Sidang Kemuncak i-FUTURE 2025 sebagai usaha memperkasa generasi muda dengan kepimpinan digital beretika, berpandangan jauh dan bersifat global.
Bertemakan “Empowering Young Leaders for a Digital Future”, sidang antarabangsa anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu menjadi platform strategik dalam memperkukuh jati diri dan keupayaan belia mendepani cabaran era kecerdasan buatan (AI), transformasi digital serta kemelut kemanusiaan sejagat.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Azlinda Azman, penganjuran kali kedua i-FUTURE menyaksikan penyertaan pelajar dari lebih 50 negara yang diberi peluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin negara menerusi sesi dialog, ministerial forum, bengkel future studies dan segmen kesihatan mental.
“Kita menghimpunkan pelajar supaya mereka boleh berbincang, berdiskusi, dan membolehkan mereka mengetahui isu global serta semasa. Pada masa sama, mereka dapat membina keupayaan berucap, berorganisasi, dan ‘networking’ antara satu sama lain,” katanya.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Dalam ucapannya, Zahid menyeru generasi muda agar berani tampil sebagai suara keadilan dan keamanan dunia.
“Jika anda boleh mula berbicara antara satu sama lain hari ini, belajar untuk mendengar, bekerjasama dan berkongsi satu suara, maka bangkitlah bersama. Suara itu boleh bergema bagi mereka yang tidak mampu bersuara dan membawa rintihan mereka yang tertindas, terlupakan dan kehilangan tempat tinggal, termasuk saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kepimpinan masa depan perlu dipupuk bukan sahaja dari aspek pengetahuan, tetapi juga daya tahan, karakter dan semangat kesukarelawanan.
Sepanjang program tiga hari di Kuala Lumpur ini, peserta turut terlibat dalam sesi pembinaan pemikiran strategik, perbincangan mengenai etika penggunaan kecerdasan buatan (AI), serta simulasi senario dunia masa depan yang menuntut kemahiran adaptasi tinggi.