MALAYSIA
IINTAS UIAM langkah strategik tangani cabaran serantau ASEAN - PM Anwar
Menteri Pendidikan Tinggi bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran IINTAS di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM Kampus Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penubuhan Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN (IINTAS) di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menandakan langkah penting dalam memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam ASEAN.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata IINTAS akan memperkasakan peranan serantau Malaysia dengan menghasilkan kajian berwibawa, idea dasar dan pandangan strategik untuk menyokong perpaduan ASEAN dan kedudukannya pada peringkat global.
Beliau berkata pada era ketidaktentuan ini, ASEAN yang sejak sekian lama dihormati sebagai zon keamanan dan kerjasama, kini berdepan dengan cabaran serius termasuk ketegangan antara Thailand dengan Kemboja baru-baru ini, yang menyebabkan lebih 300,000 orang dipindahkan.
"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, rantau ini perlu kekal berwaspada. Usaha untuk mengembalikan kestabilan perlu diteruskan. Malaysia mengambil langkah awal dengan menjadi tuan rumah kepada perbincangan antara pemimpin dua negara berkenaan.
"Kami komited kepada dialog, keamanan dan mengekalkan semangat kerjasama ASEAN. Saya percaya IINTAS dapat menyumbang dalam perkara ini," kata beliau dalam ucaptama pada majlis perasmian IINTAS di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) UIAM, di sini hari ini.
Ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Perasmian institut itu bertepatan dengan pembukaan seminar bertajuk ASEAN Futures: Navigating Regionalism, Reconciliation, and Rapprochement, yang bertujuan menggalakkan pemikiran kritis tentang hala tuju rantau ini di tengah-tengah perubahan dinamik geopolitik.
Anwar berkata IINTAS akan bekerjasama dengan pusat penyelidikan lain seperti Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan, Pusat Kajian Keamanan, Dialog dan Xenofobia, Pusat Dialog Islam-Konfusianisme, serta rakan seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia untuk menggalakkan penyelidikan, dialog dan pembangunan dasar.
Beliau berkata IINTAS juga perlu memperkukuh hubungan dengan Rakan Dialog Strategik ASEAN termasuk Amerika Syarikat, China, India, Kesatuan Eropah, Jepun, Australia, New Zealand dan Rusia memandangkan hubungan ini penting dalam membentuk tindak balas ASEAN terhadap cabaran global.
Mengulas mengenai seminar, Anwar berkata perbincangan itu menyediakan ruang untuk pemikiran serius kerana membangkitkan persoalan tentang cara menangani ketidakstabilan, membina semula kepercayaan serantau dan merancang hala tuju.
"Perbincangan yang berlangsung di sini akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai komuniti serantau yang berteraskan nilai bersama dan kerjasama berterusan.
"Setiap pencapaian hari ini menyumbang kepada matlamat yang lebih besar, menyatukan ilmu, tanggungjawab dan wawasan bersama-sama untuk membentuk minda, memandu dasar serta menyokong keamanan di rantau ini," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN (IINTAS) ditubuhkan di bawah UIAM untuk memperkukuh peranan Malaysia dalam ASEAN melalui kajian, idea dasar dan pandangan strategik.
- IINTAS akan bekerjasama dengan pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa serta Rakan Dialog Strategik ASEAN bagi menangani cabaran geopolitik dan memperkukuh hubungan serantau.
- Perasmian institut ini bertepatan dengan seminar -ASEAN Futures- yang membincangkan hala tuju rantau dalam menghadapi ketidakstabilan dan membina semula kepercayaan serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata IINTAS akan memperkasakan peranan serantau Malaysia dengan menghasilkan kajian berwibawa, idea dasar dan pandangan strategik untuk menyokong perpaduan ASEAN dan kedudukannya pada peringkat global.
Beliau berkata pada era ketidaktentuan ini, ASEAN yang sejak sekian lama dihormati sebagai zon keamanan dan kerjasama, kini berdepan dengan cabaran serius termasuk ketegangan antara Thailand dengan Kemboja baru-baru ini, yang menyebabkan lebih 300,000 orang dipindahkan.
"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, rantau ini perlu kekal berwaspada. Usaha untuk mengembalikan kestabilan perlu diteruskan. Malaysia mengambil langkah awal dengan menjadi tuan rumah kepada perbincangan antara pemimpin dua negara berkenaan.
"Kami komited kepada dialog, keamanan dan mengekalkan semangat kerjasama ASEAN. Saya percaya IINTAS dapat menyumbang dalam perkara ini," kata beliau dalam ucaptama pada majlis perasmian IINTAS di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) UIAM, di sini hari ini.
Ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Perasmian institut itu bertepatan dengan pembukaan seminar bertajuk ASEAN Futures: Navigating Regionalism, Reconciliation, and Rapprochement, yang bertujuan menggalakkan pemikiran kritis tentang hala tuju rantau ini di tengah-tengah perubahan dinamik geopolitik.
Anwar berkata IINTAS akan bekerjasama dengan pusat penyelidikan lain seperti Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan, Pusat Kajian Keamanan, Dialog dan Xenofobia, Pusat Dialog Islam-Konfusianisme, serta rakan seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia untuk menggalakkan penyelidikan, dialog dan pembangunan dasar.
Beliau berkata IINTAS juga perlu memperkukuh hubungan dengan Rakan Dialog Strategik ASEAN termasuk Amerika Syarikat, China, India, Kesatuan Eropah, Jepun, Australia, New Zealand dan Rusia memandangkan hubungan ini penting dalam membentuk tindak balas ASEAN terhadap cabaran global.
Mengulas mengenai seminar, Anwar berkata perbincangan itu menyediakan ruang untuk pemikiran serius kerana membangkitkan persoalan tentang cara menangani ketidakstabilan, membina semula kepercayaan serantau dan merancang hala tuju.
"Perbincangan yang berlangsung di sini akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai komuniti serantau yang berteraskan nilai bersama dan kerjasama berterusan.
"Setiap pencapaian hari ini menyumbang kepada matlamat yang lebih besar, menyatukan ilmu, tanggungjawab dan wawasan bersama-sama untuk membentuk minda, memandu dasar serta menyokong keamanan di rantau ini," kata beliau.
-- BERNAMA

#Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#Anwar Ibrahim
#ambry Abd Kadir