Setiap organisasi termasuk syarikat yang memiliki bilangan anggota yang ramai disaran mewujudkan pasukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dalam memberi bantuan awal kecemasan.
Pengarah Fakulti CPR Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Rosman berkata pasukan CPR penting kerana pelbagai faktor dan risiko menjurus kepada serangan jantung amnya dikesan di tempat kerja.
"Selalunya faktor tekanan persekitaran tempat kerja, kualiti gaya hidup dan umur amat mempengaruhi, dan kita menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja. Justeru, amat penting kakitangan mempunyai kemahiran melakukan CPR dan menggunakan Automated External Defibrillator (AED).
Ini kerana faktor logistik boleh menyukarkan bantuan daripada mereka yang pakar tiba tepat pada masanya terutama jika pejabat tersebut terletak di kawasan yang sesak atau jauh dari hospital," katanya kepada media selepas Kursus Heartsaver CPR-AED Bersama Media di IJN di sini, hari ini.
Seramai 13 pengamal media dari pelbagai penerbitan yang hadir diberi pendedahan dan demonstrasi mengenai teknik yang betul melakukan CPR dan penggunaan AED bagi orang dewasa dan bayi serta bantuan awal bagi mangsa tercekik.
Dr Azhari berkata terdapat banyak hospital malah IJN sendiri sering mengadakan kursus kesedaran CPR-AED kepada masyarakat dan peluang ini boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh organisasi untuk menjalinkan kerjasama bagi melatih kakitangan mereka.
"Kursus ini adalah sebahagian program tanggungjawab sosial koporat (CSR) hospital dalam memupuk kesedaran mengenai CPR namun jumlah penglibatan organisasi masih sedikit terutama syarikat yang mempunyai bilangan kakitangan yang ramai.
Menurut Dr Azhari, kematian akibat serangan jantung boleh dielak dengan mendapat bantuan awal jika lebih ramai yang tahu melakukan CPR dan penggunaan AED terutama apabila terdapatnya rakan sekerja yang mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung.
Dalam pada itu, beliau berkata sudah masanya pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi menjadikan latihan dan kemahiran CPR sebagai satu kokurikulum wajib yang perlu diikuti pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
"Sangat menyedihkan kerana kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang tahu mengenai CPR sedangkan ia sesuatu yang amat mudah diajar dan dilakukan termasuk pelajar seawal Tahun Tiga.
"Untuk itu, cara yang paling mudah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kemahiran CPR adalah memulakan dari peringkat akar umbi diteruskan secara konsisten di institusi pengajian dan di tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018
Kematian akibat serangan jantung boleh dielak dengan mendapat bantuan awal jika lebih ramai yang tahu melakukan CPR dan penggunaan AED terutama apabila terdapatnya rakan sekerja yang mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
20 PRPA ditempatkan seluruh negara - Dr Zaliha
Sebanyak 20 lokasi Pusat Operasi Perkhidmatan PRPA Titik Panas (Hotspot), yang dikendalikan oleh St. John Ambulans Malaysia (SJAM) telah ditempatkan di seluruh negara.
Kerajaan wajibkan pemasangan AED di premis kerajaan mulai 2025 - Khairy
Dasar tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada pagi tadi.
IJN sasar semua organisasi wujudkan pasukan CPR
Setiap organisasi termasuk syarikat yang memiliki bilangan anggota yang ramai disaran mewujudkan pasukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dalam memberi bantuan awal kecemasan.