Bermula dari perniagaan air kelapa, siapa boleh menyangka usahawan ikan buntal, Mohd Arshad Yusuf atau lebih dikenali sebagai Alang kini menjadi antara ikon usahawan di Pulau Pangkor.
Mengakui pada asalnya ia hanya hobi, kini teruja apabila produknya menjadi antara sebutan cenderahati yang harus dibawa pulang bila melancong ke pulau ini.
“Saya pernah tengok dalam YouTube, ikan buntal ni jadi tarikan pelancong, dia bela hidup-hidup. Bila ada pelancong datang, kita angkat dia, kita belai-belai dia akan kembang. Pada masa akan datang saya hendak buat macam itu.
“Lagipun rumah saya belakang laut, jadi Alhamdulillah harap ada rezeki macam itu. NCER bantu dari segi peralatan, dari segi kita punya motivasi, kita punya semangat kita untuk buat benda ini lebih maju.
“Kalau kata contoh sebelum ini ada yang kata, ikan buntal ini akan pupus, ikan pelaling yang bertan-tan kita makan pun tidak pernah pupus. Takkan ikan buntal macam ini boleh pupuskan?” katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.
Pulau Pangkor, destinasi pelancongan terkemuka di Perak mencipta sejarah apabila diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai (PBC) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengisytiharan rasmi status Pulau Pangkor sebagai PBC dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Dalam pada itu, usahawan gamat, Ismail Arshad yang lebih senang dipanggil Pak Ngah menyifatkan produknya tetap mendapat permintaan walaupun sebelum ini sedikit terjejas disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
“Permintaan amat ketara. Kita akan keluar bahan-bahan ini tetapi macam Pak Ngah, kita akan keluar bahan mentah sahaja.
“Pak Ngah tidak proses membuat produk. Mana buat produk ini, permintaan daripada kilang. Kilang akan buat produk.
“Kalau air, Pak Ngah keluarkan lebih kurang setakat ini dalam 1,000 liter. sebulan. Macam ini tidak masuk minyak, ibu dia (gamat) mungkin sampai 200 kilogram,” ujarnya.
Nada sama diberi Rasdi Ibrahim atau Pak Su yang mengusahakan industri pemprosesan hasil laut sebagai produk makanan.
“Enam tahun ini sate ikan menjadi produk pelancongan utama di Pulau Pangkor. Setakat ini kami sudah berkolaborasi dengan seluruh hotel di Pangkor.
“Maknanya, pelancong-pelancong yang menginap di hotel, kami terus membawa servis kami ke hotel atau pelancong ke jeti Pangkor atau kedai-kedai hasil laut yang berhampiran. Ada juga peniagaan kami secara dalam talian,” ujarnya.
Rasdi sudah 16 tahun terbabit dalam industri pemprosesan hasil laut yang menjadi satu daripada industri utama di Pulau Pangkor.
Wan Syamsul Amly
Tue Sep 15 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuba topi yang diperbuat dari ikan buntal ketika melawat ke pameran kraftangan ikan buntal sempena lawatan kerja beliau di Kota Belanda hari ini. - Foto Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.