Jabatan Perhutanan Sabah menyatakan satu spesies ikan laga baru iaitu 'Betta nuluhon' telah ditemukan baru-baru ini di kawasan Banjaran Crocker.
Kenyataan Jabatan itu hari ini menyebut, pegawai penyelidik jabatan tersebut Nur Syafiqah Shamsul Kamal yang bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Forever Sabah, dan menggambarkan spesies baharu ikan laga berkenaan sebagai Betta nuluhon, di mana 'nuluhon' bermaksud 'bukit' dalam dialek Dusun.
"Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.
"Dengan penemuan B.nuluhon, (Betta nuluhon) Sabah kini mempunyai lima spesies ikan laga, semuanya endemik di Sabah," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, ahli taksonomi ikan tropika Dr Tan Heok Hui dari NUS yang juga merupakan pengarang bersama penerbitan Zootaxa menjelaskan, Borneo merupakan rumah kepada 700 spesies ikan air tawar, 53 peratus adalah endemik di Borneo.
Beliau menjangkakan beberapa spesies lagi akan dijumpai di Sabah dalam masa terdekat, menerusi kerjasama yang dijalankan bersama Pusat Penyelidikan Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah.
Ikan laga adalah ikan air tawar kecil yang tergolong dalam genus Betta, dengan pusat kepelbagaiannya di Asia Tenggara. Sebahagian 70 spesies ikan laga liar telah dinamakan secara saintifik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020

Ikan laga adalah ikan air tawar kecil yang tergolong dalam genus Betta, dengan pusat kepelbagaiannya di Asia Tenggara. - BERNAMA

Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.
MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7% pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Malaysia dalam landasan positif menuju pembangunan mampan
Malaysia berada pada tahap landasan yang positif bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 99 indikator pada tahun 2022.
KKD akan jumpa pihak WhatsApp
KKD mengesan jenayah penipuan terbaharu dengan mengodam aplikasi WhatsApp daripada pemilik asal.

Penduduk diancam gajah liar sejak tiga bulan lepas
Penduduk di Kampung Sungai Bayu Dalam, di sini mendakwa gajah liar mula muncul di penempatan itu sejak tiga bulan lepas.
158 mangsa rakyat Malaysia masih terkandas negara destinasi
Setakat bulan lalu, 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, masih terkandas di negara destinasi.
Banjir kilat landa Johor Bahru terburuk sejak 60 tahun
Banjir kilat yang melanda bandaraya Johor Bahru pada Rabu, disifatkan paling teruk dalam tempoh 60 tahun.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.

Google Bard juga kini dikuasakan oleh Gemini
Model AI Google Gemini diumumkan lewat malam semalam dengan ia adalah model yang paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Google setakat ini.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Ikan laga spesies Betta nuluhon ditemukan di Sabah
Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.