awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan paus dijumpai terdampar di Pontian

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
08/02/2016
12:49 MYT
Ikan paus dijumpai terdampar di Pontian
Ini merupakan kali pertama kes paus terdampar dilaporkan di Pontian - Foto Bomba Johor
Penduduk sekitar Rambah dekat sini gempar dengan kehadiran seekor ikan paus yang kelihatan terdampar di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat sini, petang tadi.
Kehadiran ikan paus sepanjang 40 kaki (kira-kira 20 meter) dan seberat tiga tan itu dikatakan berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi tadi dan telah menarik perhatian pengunjung yang membawa keluarga beriadah sempena cuti Tahun Baru Cina.
Komander Operasi dari Balai Bomba Pontian Baru Jumaat Sailan berkata pihaknya mendapat panggilan dari orang awam pada pukul 1.15 petang.
"Setibanya di lokasi, kami dapati ikan paus itu tidak dapat bergerak kerana tersangkut sebab air surut.
"Kemungkinan paus itu sesat mengikut arus air pasang," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Taman Rekreasi Pantai Rambah, di sini petang ini.
Jumaat berkata dengan bantuan orang ramai dan anggotanya, ikan paus itu kemudiannya berjaya ditolak ke tengah dan ekornya diikat dengan bot nelayan bagi membantunya pulang di laut.
"Dengan bantuan orang awam, ikan paus itu berjaya ditarik bot pada kira-kira 3.30 petang," kata beliau.
Ini merupakan kali pertama kes paus terdampar dilaporkan di Pontian, katanya.
Walaupun ikan paus itu berjaya ditarik bot, penduduk sekitar kawasan itu berpusu-pusu datang bersama keluarga untuk menyaksikan sendiri mamalia itu.
Topic Berkaitan
#ikan paus di Pantai Rambah
#ikan paus pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan