MALAYSIA
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Jabatan Perikanan Pahang mengeluarkan pemakluman larangan menangkap ikan temoleh sepanjang tiga bulan bermula bulan ini.Gambar kecil: Roslan. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Ikan temelian atau temoleh kekal dilindungi selepas tiada sebarang tangkapan atau pendakwaan direkodkan membabitkan spesies itu di Pahang dalam tempoh 10 tahun.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Roslan Abu Hasan berkata, rekod itu menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan nelayan darat terhadap larangan menangkap spesies berkenaan yang dikuatkuasakan setiap tahun.
“Tahun ini, kita turut mengeluarkan larangan kepada orang ramai termasuk nelayan darat dan pemancing supaya tidak menangkap ikan temoleh mulai bulan ini sehingga April depan.
“Larangan ini bertujuan mengelakkan kepupusan dengan cara melindungi dan memuliharanya semasa musim bertelur di lubuk ikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, Roslan berkata, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, tempoh berkenaan merupakan musim kemarau yang menyaksikan kemunculan kawasan berpasir.
“Ikan temoleh mempunyai sifat unik, iaitu memilih kawasan cetek untuk bertelur secara berpasangan dengan cara berlaga dan menghempaskan telur.
“Selepas proses itu, induk ikan menjadi lemah dan mudah ditangkap nelayan darat,” jelasnya.
Sehubungan itu, menurut Roslan, menangkap atau memiliki ikan temoleh sepanjang musim larangan merupakan satu kesalahan.
Katanya, tindakan tegas boleh diambil di bawah Kaedah 15(1) dan (2), Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Negeri Pahang.
“Mana-mana individu yang didapati menangkap, mengambil, membunuh atau memiliki spesies terbabit boleh ditangkap, dikompaun atau didakwa di mahkamah.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, selain peralatan menangkap ikan dirampas dan dilupuskan mengikut peruntukan sedia ada,” katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Ikan temoleh kekal dilindungi di Pahang selepas 10 tahun tanpa sebarang tangkapan atau pendakwaan terhadap spesies tersebut, menunjukkan pematuhan yang baik dalam kalangan nelayan darat terhadap larangan menangkap ikan temoleh yang dikuatkuasakan setiap tahun.
- Larangan menangkap ikan temoleh dari bulan ini hingga April depan dikeluarkan untuk melindungi spesies tersebut semasa musim bertelur di lubuk ikan, kerana ikan temoleh memilih kawasan cetek untuk bertelur secara berpasangan sebelum induk ikan menjadi lemah dan mudah ditangkap.
- Sebarang individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Negeri Pahang, dengan denda sehingga RM5,000, sambil peralatan menangkap ikan dirampas dan dilupuskan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.