Pengendali pusat beli belah barangan kelengkapan rumah IKEA Malaysia menarik balik enam lagi jenis coklat selepas mendapati kandungan kacang hazel dan badamnya tidak diisytiharkan dengan jelas pada label produk.
IKEA Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata penarikan itu susulan pihaknya khuatir pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk berkenaan.
"Bagi mengutamakan keselamatan pelanggan pihak kami menarik balik produk melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Ljus UTZ 100g, Choklad Not utz 100g, Choklad Lingon & Blabar 180g, Godis Chokladran 168g, Godis Chokladkrokant 450g serta Chokladkrokant Bredbar 400g," kata kenyataan itu, hari ini.
Pada Jun lalu, dua jenis bar coklat IKEA iaitu iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, turut ditarik balik selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.
IKEA Malaysia menyarankan agar pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden, di gedung-gedung Ikea untuk bayaran balik sepenuhnya.
"Kami memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang timbul," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan IKEA pada talian 03-7952 7575.
Astro Awani
Fri Jul 29 2016
IKEA Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata penarikan itu susulan pihaknya khuatir pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk berkenaan. - Gambar IKEA Malaysia
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
IKEA Malaysia tarik balik enam produk coklat
Pengeluar perhiasan rumah IKEA Malaysia menarik balik enam lagi jenis coklat selepas mendapati kandungan kacang hazel dan badamnya tidak diisytiharkan dengan jelas pada label produk.