Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya bertindak tegas, dengan menyenaraihitamkan nama penganjur bazar Ramadan atau persatuan penjaja yang telah mengutip wang deposit dari peniaga, namun enggan memulangkannya semula selepas bazar berkenaan dibatalkan.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata peniaga yang belum menerima semula wang deposit mereka dari penganjur harus membuat laporan polis.
"Ramai dalam kalangan mereka (peniaga) telah membayar duit deposit kepada persatuan penjaja, namun apabila kerajaan umumkan bazar Ramadan tidak boleh dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai (peniaga) yang terperangkap dengan situasi ini.
"Bayangkan di bawah satu penganjur bazar Ramadan ada lebih kurang 100 ke 150 orang peniaga, kemudian peniaga ini dicaj dengan kadar bayaran deposit paling kurang RM700 hingga RM10,000. DBKL perlu bertindak tegas terhadap isu ini bagi menjaga nama baik Kementerian Wilayah Persekutuan kerana DBKL sendiri yang memberikan hak penganjuran kepada persatuan penjaja ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa semalam yang dilaporkan berkata pihak penganjur Bazar Ramadan terutama di kawasan Wilayah Persekutuan perlu menyelesaikan masalah pemulangan bayaran deposit kepada peniaga secepat mungkin.
Beliau turut berkata kementeriannya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawahnya tidak terbabit dengan bayaran sewa tapak yang dikutip pihak penganjur Bazar Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020

Presiden IKHLAS berkata, peniaga yang belum menerima semula wang deposit mereka dari penganjur bazar Ramadan harus membuat laporan polis. - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia akan diperluas ke IPTA - Annuar
Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) akan diperluaskan sekurang-kurangnya ke 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar
K-KOMM memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

KPDNHEP rekod nilai rampasan kesalahan berkaitan minyak masak lebih RM2.4 juta
Sebanyak 126 kes melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan minyak masak telah diterima oleh pihak KPDNHEP di seluruh negara.

K-KOMM akan perkenal aplikasi khas antipenggodam
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khas bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa.

Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.

Bangunan awam, sekolah yang lama perlu diselenggara - Annuar
Kerja penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKR yang boleh dijalankan menerusi pemeriksaan dan pengesahan.

Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.

Bekalan ayam: Jabatan Veterinar diberi seminggu kemuka cadangan pengurusan data - Annuar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam.

Tahap pematuhan had harga minyak masak hampir seratus peratus - Annuar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi Dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.