Berita pemergian pakar IT Azli Paat benar-benar mengejutkan industri teknologi maklumat tempatan. Bagi Ikhwan Nazri, Ketua Pegawai Eksekutif di Amanz.my sebuah portal teknologi terkini tempatan, beliau menyifatkan pemergian mengejut Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
“Saya menerima berita kematian Azli menerusi SMS daripada Reza Razali, perintis Terato Tech. Saya cukup terkejut dan seperti sukar untuk mempercayainya lebih-lebih lagi Allahyarham hanya demam panas. Kami di Amanz.my merasakan pemergiannya satu kehilangan besar kepada negara dan industri IT khasnya.” ujar Ikhwan.
Mengurangkan jurang bahasa dalam pendidikan IT merupakan salah satu jasa yang cukup besar ditinggalkan oleh Azli.
“Jasa yang telah disumbangkan oleh Allahyarham sangat bermanfaat kepada masyarakat tempatan. Dia akan menggunakan analogi yang cukup mudah difahami sekaligus mampu untuk mendidik masyarakat agar lebih mendekati IT.”
“Jurang bahasa dalam industri IT berjaya dikurangkan oleh Allahyarham,” tambah Ikhwan lagi.
Dikenali menerusi pelbagai siri ceramah menerusi radio, televisyen dan akhbar, tip-tip ITnya turut dikongsi menerusi laman sosial, Twitter dan Facebook. Namanya, di mana-mana.
“Arwah menepis persepsi pakar teknologi sering menggunakan istilah yang kurang difahami dalam berkomunikasi. Berbeza dengan arwah yang akan menggunakan istilah-istilah yang lebih senang untuk difahami dengan penggunaan bahasa yang mudah. Arwah akan menerangkan tentang cloud computing dalam bahasa yang boleh difahami oleh orang biasa. Itu kelebihannya.” terang Ikhwan.
Ikhwan turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang berpangkat yang tidak besar diri sambil mengimbas kembali pengalamannya mendapatkan maklumat mengenai ‘SMS gateway’ pada tahun 2009.
“Arwah menerangkannya satu-persatu. Walaupun arwah seorang yang berpangkat, tiada sifat bangga diri dalam dirinya dan dia melayan saya dengan baik. Tip-tip yang dikongsikannya sangat berguna kepada saya dan cara pemikirannya menyebabkan dia senang untuk didekati,” ulas Ikhwan.
Usahawan dan pakar IT Azli Paat meninggal dunia petang Rabu akibat demam panas. Allahyarham juga merupakan pencetus idea kepada RakanCop yang dibangunkan sebagai penghubung masyarakat dengan pihak polis bagi tindakan pencegahan jenayah.
Muzaffar Mustapa
Thu Feb 07 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ikhwan: Azli kurangkan jurang bahasa dalam IT
Mengurangkan jurang bahasa dalam pendidikan IT merupakan salah satu jasa yang cukup besar ditinggalkan oleh Azli.