MALAYSIA

IKIM sokong kenyataan tegas PM, kemuka 6 tindakan susulan

Harits Asyraf Hasnan 17/09/2025 | 02:50 MYT
Asap tebal menjulang ke langit susulan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang berlangsung di Doha, Qatar, pada 15 September lalu.


Ringkasan AI
  • IKIM menyokong kenyataan tegas Perdana Menteri yang mengecam serangan Israel ke atas Doha, selaras dengan prinsip kemanusiaan dan kedaulatan negara.
  • IKIM cadang langkah konkrit termasuk resolusi PBB, perlindungan misi ke Gaza, sekatan ekonomi dan tindakan undang-undang terhadap Israel.
  • IKIM ajak rakyat pertahan kedaulatan dan sokong usaha PM dalam perjuangan keamanan Asia Barat dan pembebasan Palestin.


Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, pendirian Perdana Menteri yang mengecam keras serangan udara rejim Israel ke atas Doha adalah wajar dan berani, serta mencerminkan komitmen Malaysia dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan dan kedaulatan negara.

“Serangan itu bukan sahaja merupakan ancaman terhadap Qatar, malah terhadap keseluruhan dunia Islam dan masyarakat antarabangsa. Ia mencabar prinsip kedaulatan negara serta menggugat keamanan global,” katanya.

IKIM turut menggesa agar dunia Islam dan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan susulan yang konkrit, termasuk:

“Langkah ini bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi juga memperkukuh kesedaran global bahawa isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat yang mesti ditangani secara kolektif,” kata Mohamed Azam.

Sempena sambutan Hari Malaysia, IKIM turut menyeru rakyat agar terus mempertahankan kedaulatan negara dan menyokong usaha Perdana Menteri dalam memperjuangkan keamanan di Asia Barat serta pembebasan Palestin.









#IKIM #Israel #Gaza #tindakan susulan