awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikram diberi 6 bulan untuk siapkan peta cerun risiko

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2013
23:13 MYT
Ikram diberi 6 bulan untuk siapkan peta cerun risiko
Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan peta cerun risiko di ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, tindakan sekali gus membolehkan risiko tanah runtuh di sekitar Lembah Klang dipantau dan diatasi dengan lebih berkesan.
Kata Ahmad Phesal, hasil peta risiko memastikan keselamatan lebih 3,000 pembangunan cerun sekitar Lembah Klang terjamin.
"Kita meminta Ikram jalankan kajian penyediaan peta risiko dan kawasan yang perlu diberi keutamaan adalah kawasan yang telah berlaku keruntuhan cerun," kata beliau.
Selain itu katanya, pelan susulan seperti memasang peralatan kejuruteraan bagi mengekang pergerakan tanah boleh dibuat selepas lokasi peta risiko diketahui.
Disember lepas, tragedi tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh di puncak Setiawangsa berlaku.
Ia menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk pemaju untuk menjalankan pemantauan ketat terhadap pembangunan di tanah tinggi.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Phesal Talib
#Datuk Bandar
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#IKRAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan