awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikut saluran poligami yang sah - Zulkifli

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/03/2021
11:11 MYT
Ikut saluran poligami yang sah - Zulkifli
Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata lelaki yang mahu berpoligami perlu jujur dan bercakap benar serta berunding dengan sebaik-baiknya. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Umat Islam dinasihatkan agar mengikut saluran pernikahan poligami yang betul dan sah tanpa membawa kepada prejudis dan sangkaan buruk dalam kalangan ahli keluarga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata lelaki yang mahu berpoligami perlu jujur dan bercakap benar serta berunding dengan sebaik-baiknya.
"Saya perlu dapatkan maklumat dengan terperinci daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga pihak berkuasa agama negeri untuk saya pastikan apakah ia berlaku dalam skala yang besar atau pun mungkin kes-kes yang terpencil.
"Walau macam mana pun saya syorkan kalau dalam ibadah seperti perkahwinan, ikutlah saluran yang betul, saluran yang sah tanpa membawa kepada prejudis dan salah sangka di kalangan keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan ke Pondok Moden Zakat Negeri Kedah di Alor Setar, pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai laporan sindiket poligami ekspres membabitkan golongan profesional yang ditawarkan kepada tokoh korporat, artis dan orang kenamaan.
BACA: Sindiket Poligami: Sebenarnya ada 'tangan ghaib' jadi akses pernikahan ekspres
Zulkifli berkata, beliau tidak dapat mengulas panjang lebar mengenai isu itu berikutan belum mendapat maklumat terperinci daripada pihak berkuasa.
Menerusi laporan khas berjudul, 'Poligami Semudah Membeli Madu', Astro AWANI mendedahkan mengenai mangsa sindiket poligami yang berkongsi kisah tentang bagaimana taktik kotor poligami ekspres dibuat bagi akses mereka untuk mendapat jalan pintas.
Pemalsuan dokumen seperti tanda tangan, surat-menyurat, serta sijil nikah palsu jelas berlaku malah penglibatan ‘orang dalam’ dilihat menjadi pihak pemudah cara.
Topic Berkaitan
#poligami
#pernikahan
#JAKIM
#zulkifli mohamad al bakri
#saluran betul
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan