awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ilmu falak bukan hanya tentu tarikh puasa, hari raya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/04/2023
07:12 MYT
Ilmu falak bukan hanya tentu tarikh puasa, hari raya
Banyak aspek dalam ilmu falak boleh digunakan dalam kehidupan. - ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ilmu falak atau astronomi tidak hanya terhad kepada perkara membabitkan penetapan tarikh puasa atau hari raya semata-mata.
Profesor Kehormat Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Prof Mohd Zambri Mohd Zainuddin berkata, banyak aspek dalam ilmu falak boleh digunakan dalam kehidupan.
Jelas Prof Mohd Zambri, sejak permulaan tamadun Islam lagi, tiga bidang dalam ilmu falak iaitu astrometri, fotometri dan spektroskopi telah digunakan dalam pelbagai aspek termasuk sains angkasa.
"Sebagai contoh, cari atau ukur kecerahan untuk tentukan waktu solat Subuh, Maghrib dan Isyak, itu dipanggil fotometri, cuma kita tidak uar-uarkan.
"Perkembangan astronomi atau falak di Malaysia, saya bersyukur kerajaan sangat prihatin dan mewujudkan Agensi Angkasa Negara. Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pun memainkan peranan yang penting, begitu juga jabatan mufti, malah ada jabatan mufti yang mempunyai balai cerap sendiri," ujarnya.
Lebih menarik, pengetahuan ilmu falak walaupun secara tidak langsung, akan dapat membantu termasuk dalam meramal bencana alam.
"Pada zaman dahulu, penduduk di lembah Sungai Nil tahu bila banjir akan berlaku, apabila nampak bintang syira atau sirius dalam bahasa Inggeris, jadi mereka tahu kawasan itu akan banjir.
"Nak menanam padi, tunggu waktu berangin. Nelayan, mereka ini tak pandai ilmu falak tapi mereka belajar dari pengalaman.
"Saya tanya nelayan, macam mana nak tentukan hari ini ikan apa, mereka kata ikut bulan Melayu. Itu bulan Islamlah. Ini semua berkaitan dengan fasa bulan," katanya ketika muncul sebagai tetamu program AWANI Pagi, pada Sabtu.
AWANI Pagi: Perkembangan ilmu falak dalam peradaan dunia
Berikut antara fakta yang dikongsi beliau mengenai ilmu falak:
  • Antara tokoh-tokoh terkemuka dalam ilmu falak ialah al-Biruni dan al-Khwarizmi
  • Kebanyakan pakar ilmu falak adalah pakar matematik
  • al-Khwarizmi membuat pengiraan tepat tentang kedudukan anak bulan dan meletak kriteria untuk melihat anak bulan sekurang-kurangnya jarak lengkung pusat bulan ke pusat matahari mesti melebihi 12 darjah
  • Tiga bidang dalam ilmu falak
  1. Astrometri - Ilmu berkenaan kedudukan objek samawi di langit
  2. Fotometri - Ilmu berkaitan kecerahan, suhu dan saiz bintang
  3. Spektroskopi - Ilmu berkaitan bahan kimia yang ada dalam bintang, galaksi dan sebagai
Topic Berkaitan
#ilmu falak
#bulan islam
#hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan