NATIONAL
ILO, Ketua ASEAN iktiraf peranan Steven Sim perkasakan modal insan serantau
AHCDIS 2025, yang berlangsung di MITEC, menghimpunkan lebih 300 pemegang taruh dari seluruh ASEAN termasuk wakil kerajaan, industri dan institusi latihan. - Gambar KSM
KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia memacu pembangunan modal insan di peringkat serantau menerima pengiktirafan antarabangsa apabila Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, diberi penghormatan oleh Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) dan Setiausaha Agung ASEAN atas kepimpinannya yang berkesan.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, menyifatkan penganjuran ASEAN Human Capital Development Investment Symposium (AHCDIS) sebagai platform penting untuk mengukuhkan komitmen kolektif serantau terhadap pelaburan dalam pembangunan insan.
“Saya merakamkan penghargaan ikhlas kepada Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp atas kepimpinan cemerlang dalam melancarkan ASEAN Year of Skills 2025 sebagai inisiatif utama di bawah kepengerusian Malaysia.
“Simposium ini memberi platform yang tepat pada masanya untuk kita teguhkan lagi komitmen bersama melabur dalam rakyat kita, arkitek sebenar pertumbuhan dan ketahanan ASEAN,” katanya.
AHCDIS 2025, yang berlangsung di MITEC, menghimpunkan lebih 300 pemegang taruh dari seluruh ASEAN termasuk wakil kerajaan, industri dan institusi latihan bagi membincangkan strategi pembiayaan, perkongsian awam-swasta serta usaha memperluas akses kepada latihan kemahiran yang berkualiti.
Sementara itu, Steven dalam ucapannya menegaskan komitmen Malaysia untuk memimpin agenda modal insan serantau menerusi pendekatan lebih inklusif, terbuka dan berimpak tinggi.
Sebagai antara inisiatif utama, beliau mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week – NTW) kepada seluruh warga ASEAN buat julung kalinya.
Sebanyak 65,000 kursus latihan kemahiran percuma ditawarkan sepanjang 14 hingga 21 Jun ini secara fizikal dan dalam talian, merangkumi bidang pertumbuhan utama seperti kepimpinan, teknologi hijau, digital, kecerdasan buatan dan kemahiran insaniah.
“Inilah pelaburan Malaysia untuk ASEAN. Ia adalah pelaburan dalam pembangunan modal insan.
“Hasrat kita adalah untuk menjadikan ASEAN sebagai rantau paling berkemahiran di dunia melalui kerjasama yang lebih mendalam dan bermakna bersama negara anggota lain,” ujar Steven.
Inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama strategik daripada Microsoft, Udemy, Awantec dan Alibaba Cloud, dengan nilai latihan dianggarkan melebihi RM2.5 bilion, serta sasaran penyertaan seramai lima juta rakyat ASEAN.
Dalam pada itu, ILO turut menekankan keperluan dasar kemahiran yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi serantau.
Menurut Pengarah Pasukan Sokongan Teknikal Kerja Layak ILO, Xiaoyan Qian, pelaburan dalam latihan kemahiran tidak boleh berlaku secara terasing.
“Untuk benar-benar memperkasakan pekerja dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif, pelaburan kemahiran perlu diintegrasikan dengan dasar ekonomi dan pekerjaan yang menyeluruh.
“Penyelarasan dasar yang mantap sangat penting bagi mempersiapkan tenaga kerja ASEAN menghadapi dunia pekerjaan yang kian berubah,” jelasnya.
Malaysia kini mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025 dengan fokus kepada agenda keterangkuman, kemampanan dan kerjasama serantau.
ASEAN Year of Skills 2025 merupakan antara inisiatif utama di bawah kepimpinan Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan dijangka memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai hab modal insan bertaraf dunia.