ILP Miri catat IPU sangat tidak sihat pagi ini

Bernama
Ogos 18, 2018 03:08 MYT
Keadaan udara di Kuching, Sarawak, pada Rabu lalu. Astro AWANI / Fail
Hanya satu kawasan iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 203, setakat 10 pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.
-- BERNAMA
#Alor Setar #Institut Latihan Perindustrian #IPU #Kangar #Langkawi #Miri #Tawau