awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imbas suhu pada dahi, bukan tangan - Uggah

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2020
11:11 MYT
Imbas suhu pada dahi, bukan tangan - Uggah
Uggah bekrata pengimbas suhu digunakan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu itu berada dalam keadaan yang sihat atau sebaliknya. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengesan masih ada pelanggan restoran yang tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sepatutnya termasuk membuat pemeriksaan suhu menggunakan mesin pengimbas pada tangan.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata berikutan itu pengusaha kedai makan dan restoran digesa supaya terus mengawal dan mengetatkan SOP.
“Kita (JPBN Sarawak) sudah memperketatkan pelaksanaan SOP terutamanya di restoran dan premis makanan serta minuman dan kesemua premis kini ada menyediakan pengimbas suhu.
“Malangnya, menjadi kebiasaan sesetengah pihak yang datang dan melakukan pemeriksaan suhu menggunakan tangan dan tiada kawalan dibuat (mereka sepatutnya membuat pemeriksaan suhu pada dahi).
"Jadi pengusaha premis makanan dan minuman perlu mengawal dan mengetatkan SOP ini,” kata Uggah.
BACA: COVID-19: 25 kes baharu, PKPB di Kuching mulai 9 November
Tambah Uggah, pengimbas suhu digunakan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu itu berada dalam keadaan yang sihat atau sebaliknya.
Justeru, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak akan meningkatkan pemantauan bagi melihat kepada pelaksanaan SOP ini.
Uggah berkata demikian semasa sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#kes positif di Kuching
#prosedur operasi standard
#patuh SOP COVID-19
#Douglas Uggah Embas
#JPBN Sarawak
#pengimbas suhu
#dahi
#tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan