awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen gempur 'Little Pakistan', 196 pendatang tanpa izin ditahan

Bernama
Bernama
27/09/2025
02:40 MYT
Imigresen gempur 'Little Pakistan', 196 pendatang tanpa izin ditahan
Wan Mohammed Saupee berkata sebanyak 400 individu diperiksa dan hasilnya 196 pendatang tanpa izin ditahan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 196 pendatang asing tanpa izin dalam operasi menggempur kawasan digelar "Little Pakistan" di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata 45 premis perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan hotel diperiksa di sepanjang kira-kira satu kilometer jalan berkenaan, dalam operasi bermula 9 malam hingga 11.30 malam.
"Sebanyak 400 individu diperiksa dan hasilnya 196 pendatang tanpa izin ditahan terdiri daripada 184 lelaki dan 12 perempuan membabitkan 150 warga Pakistan, Indonesia (enam), Bangladesh (21), India (10), Jordan (dua), Nepal (empat), Filipina ( dua) dan seorang warga Sri Lanka berusia antara 12 hingga 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi di sini malam tadi.
Wan Mohammed Saupee berkata pendatang tanpa izin berkenaan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Beliau berkata sebahagian besar pendatang tersebut bekerja di restoran sekitar kawasan tumpuan yang menawarkan pelbagai makanan Pakistan dan pemeriksaan mendapati ada yang melanggar peraturan imigresen.
Beliau berkata walaupun terdapat cubaan melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan di kawasan operasi, semua individu berjaya diberkas tanpa insiden tidak diingini.
"Ada antara mereka dilihat menangis dan pura-pura pengsan. Pemeriksaan turut menemui beberapa pendatang tanpa izin yang disyaki pengemis selepas pihak berkuasa menemukan sejumlah wang kertas satu ringgit pada mereka," katanya.
Wan Mohammed Saupee berkata selain pendatang tanpa izin, turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga majikan warga tempatan yang disyaki menggaji pendatang tanpa izin di negara ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Dalam operasi itu juga, beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 52 meja dan 204 kerusi kerana menghalang kawasan awam manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM5,500 atas kesalahan penandaan harga dan penggunaan alat timbang.
"Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeluarkan tujuh kompaun kerana pelanggaran berkaitan papan tanda perniagaan dan pendaftaran syarikat, sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu bagi memastikan kawalan keselamatan sepanjang operasi berlangsung," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Little Pakistan
#pati
#operasi bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan