Skip to main content

Malaysia

Imigresen Kedah tahan 34 warga asing dalam serbuan ladang ternakan ayam di Jitra

๐—๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ฎ, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah berjaya menahan 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu Operasi Bersepadu dan Ops Sapu yang dijalankan di sebuah ladang ternakan ayam di Jitra, lewat malam semalam.
Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah
Advertisement

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 34 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu dan Ops Sapu yang dijalankan di sebuah ladang ternakan ayam di Jitra, lewat malam tadi.

JIM Kedah menerusi kenyataan memaklumkan operasi yang bermula pada 11 malam hingga awal pagi tadi itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan melibatkan 58 pegawai terdiri daripada 35 pegawai JIM Kedah, 12 pegawai JIM Perlis, lima pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

โ€œSebanyak dua premis diperiksa membabitkan 41 individu dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 34 warga asing ditahan, terdiri daripada 31 lelaki dan tiga wanita berumur antara 19 hingga 52 tahun.

โ€œDaripada jumlah itu, 23 ialah warga Myanmar, termasuk 20 lelaki dan tiga wanita, diikuti lapan warga Bangladesh serta tiga warga Indonesia,โ€ menurut kenyataan itu.

JIM Kedah memaklumkan kesemua mereka dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155], termasuk di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Menurut kenyataan itu, dalam operasi sama, satu Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut sebelum tindakan susulan diambil mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

JIM Kedah memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan di seluruh negeri bagi membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan berkaitan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement