MALAYSIA
Imigresen Kelantan tahan 90 majikan upah, lindungi pendatang tanpa izin
Mohamed Yusoff Khan berkata mereka ditahan hasil 483 operasi penguatkuasaan yang melibatkan 3,442 individu diperiksa. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 90 majikan kerana disyaki menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata mereka ditahan hasil 483 operasi penguatkuasaan yang melibatkan 3,442 individu diperiksa.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,524 pendatang ditahan atas pelbagai kesalahan. Dalam tempoh sama, sebanyak 2,109 individu termasuk banduan dagang telah diusir," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata majikan terlibat disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana memberi perlindungan kepada individu yang diketahui melanggar undang-undang.
Jika sabit kesalahan, majikan terlibat boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun serta boleh disebat tidak lebih enam kali jika melibatkan lebih lima pendatang.
Selain itu, beliau berkata majikan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55E akta sama iaitu membenarkan pendatang tinggal dalam premis mereka dan Seksyen 55B iaitu menggaji pekerja warga asing tanpa pas yang sah.
Selain itu, Mohamed Yusoff Khan berkata sebanyak 763 kes telah dibawa ke pendakwaan manakala kutipan kompaun hasil penguatkuasaan sehingga September lepas mencecah RM12 juta, tidak termasuk denda dikenakan mahkamah.
-- BERNAMA