MALAYSIA
Imigresen serbu peminta sedekah warga asing di Masjid Kampung Baru
Sekumpulan warga asing menyamar sebagai peminta sedekah untuk meraih simpati jemaah yang solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, pada Jumaat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Taktik sekumpulan warga asing yang menyamar sebagai peminta sedekah untuk meraih simpati jemaah yang solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, petang semalam.
Operasi yang dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu mendapati pengemis berkenaan sengaja menjadikan waktu puncak solat Jumaat sebagai lubuk mengaut keuntungan mudah daripada orang ramai.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, ketika diperiksa, sejumlah besar wang kertas terutama wang RM1 ditemui pada warga asing berkenaan.
"Siasatan juga mendapati mereka berpindah-randah dari satu kawasan ke satu kawasan lain sepanjang hari dan menumpukan kawasan masjid ini pada waktu tengah hari terutama pada hari Jumaat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi operasi semalam, beberapa pegawai JIM turut ditugaskan untuk menyamar sebagai peminta sedekah bagi tujuan risikan.
"Ini membuktikan kegiatan yang memanipulasi sikap pemurah orang ramai itu memberikan hasil lumayan, lebih-lebih lagi ketika mereka baru selesai solat Jumaat," katanya.
Wan Mohammed Saupee berkata, dalam operasi bermula 2 petang hingga 3 petang itu, pihak JIM memeriksa 19 warga asing dan tiga daripada mereka iaitu dua dari Pakistan dan seorang dari Indonesia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi ketika operasi mendapati suasana menjadi sedikit kelam-kabut apabila ada di antara mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
--BERNAMA
TAG: JIM, peminta sedekah, warga asing, operasi, serbuan, Masjid Jamek Kampung Baru

#peminta sedekah
#warga asing
#Masjid Kampung Baru
#menyamar peminta sedekah
#Imigresen Kuala Lumpur