KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam, di sini, awal hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, mereka antara 110 warga asing yang diperiksa dalam serbuan bermula 1.30 pagi dengan disertai 111 anggota serta dibantu masing-masing empat anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam.
Beliau berkata, kesemua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.
Serbuan itu, katanya, dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu.
"Antara kesalahan disyaki dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen dan permit perjalanan yang sah serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Pihak imigresen juga mengeluarkan satu saman kepada seorang lelaki warga tempatan yang menetap di kawasan perkampungan itu dipercayai melindungi pendatang tanpa izin dengan membenarkan mereka tinggal di rumahnya," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Jafri Embok berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu memaklumkan, dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun telah tinggal lebih masa hingga bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.
Wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu berkata, dia masuk ke negara ini pada 2018 dengan niat mahu mencari pekerjaan selain didorong bapanya yang turut menetap di negara ini serta telah mendapat taraf pemastautin tetap.
"Arwah bapa yang nikahkan kami. Suami dan anak saya juga telah ditahan malam ini. Sepanjang tempoh lima tahun di sini, saya tidak pernah menghadapi situasi diperiksa seperti malam ini.
"Saya ambil keputusan untuk mencari rezeki di Malaysia kerana nak sara keluarga yang miskin di Madura, Indonesia," katanya yang menyewa bilik pada harga RM400 sebulan di kampung itu hasil bekerja sebagai tukang cuci dengan bayaran RM1,500 sebulan. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023
Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, awal hari ini. - Gambar BERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau - Laporan
Trump secara berseloroh mencadangkan bahawa Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Imigresen Sabah tahan 197 pendatang tanpa izin di Menggatal, Tuaran
Jabatan Imigresen Negeri Sabah menahan 197 pendatang tanpa izin dalam operasi di dua lokasi rumah kongsi tapak pembinaan perumahan di Menggatal dan Tuaran pada awal pagi ini.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
Imigresen tahan 43 warga asing dalam Op Kutip di Kluang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 pendatang tanpa izin dan seorang majikan rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah tapak projek perumahan di Kluang, Jumaat lepas.