awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan ejen haram tawar perkhidmatan imigresen palsu

Bernama
Bernama
09/10/2025
14:45 MYT
Imigresen tahan ejen haram tawar perkhidmatan imigresen palsu
Zakaria berkata operasi yang dijalankan pada 4.10 petang itu hasil risikan selama dua minggu oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Helah seorang ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen palsu kepada warga asing terbongkar apabila lelaki warga tempatan itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini pada Selasa.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi yang dijalankan pada 4.10 petang itu hasil risikan selama dua minggu oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
"Suspek itu ditahan bersama lapan pasport India dan satu telefon bimbit, manakala sebuah kenderaan jenis Honda CRV yang digunakan untuk kegiatan itu turut disita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek menawarkan perkhidmatan imigresen berkaitan Pas Khas dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) kepada warga India di Lembah Klang dengan bayaran antara RM400 hingga RM1,500 bagi setiap urusan.
"Suspek tidak mempunyai kebenaran daripada JIM atau sebarang surat kuasa mewakili majikan untuk menguruskan pasport warga asing," katanya.
Zakaria berkata semakan mendapati suspek pernah ditangkap pada 2024 atas kesalahan sama dan telah dikenakan hukuman.
"Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, manakala seorang lagi lelaki warga tempatan diberikan notis hadir bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#warga asing
#surat kuasa
#PLIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan