MALAYSIA
Imigresen tahan warga asing dan majikan di restoran, hotel, Lorong Haji Taib
Warga asing terbabit terdiri daripada 21 warga Bangladesh, 13 warga India, dua warga Indonesia serta masing-masing seorang warga Nepal dan Pakistan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dan dua majikan tempatan dalam serbuan di tiga lokasi sekitar ibu kota semalam, selepas mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
Ringkasan AI
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata warga asing berkenaan terdiri daripada 21 warga Bangladesh, 13 warga India, dua warga Indonesia serta masing-masing seorang warga Nepal dan Pakistan.
Katanya dua warga tempatan turut ditahan kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah.
Wan Mohammed Saupee berkata kesemua warga asing dan majikan berkenaan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah restoran di Bandar Menjalara dan Bazar Lorong Haji Taib dan sebuah hotel berkonsepkan apartment di sekitar Dang Wangi.
"Antara kesalahan yang dikesan ialah mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Sek.15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Menurutnya, semua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Operasi itu disertai seramai 20 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur dengan kerjasama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 38 warga asing dan dua majikan tempatan ditahan dalam serbuan di tiga lokasi sekitar ibu kota atas pelbagai kesalahan imigresen, termasuk menggaji pekerja tanpa permit sah.
- Warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, India, Indonesia, Nepal dan Pakistan, manakala lokasi serbuan melibatkan sebuah restoran di Bandar Menjalara, Bazar Lorong Haji Taib dan sebuah hotel berkonsepkan apartment di Dang Wangi.
- Kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut, dengan operasi melibatkan 20 anggota JIM Kuala Lumpur serta kerjasama penguat kuasa DBKL.