KUALA LUMPUR: Impian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sejak daripada bangku sekolah untuk menjadi pembaca berita akhirnya terkabul selepas diberi penghormatan membuat penampilan eksklusif bagi edisi sulung "Stadium RTM (Radio Televisyen Malaysia)" dalam Berita Perdana pada Sabtu.
Yeoh yang tampil dengan blazer berwarna merah dilihat tidak kekok dan tampil bersahaja ketika mengemudi segmen yang memaparkan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa selama lebih empat minit itu.
Antara bahan berita dibaca Yeoh adalah paparan mengenai penyertaan Malaysia di Sukan SEA diikuti proses penurapan Litar Antarabangsa Sepang serta prestasi Harimau Malaya yang mencatat dua kemenangan dengan menumpaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini.
Stadium RTM merupakan salah satu slot baharu dalam Berita Perdana yang tampil dengan wajah baharu bermula Sabtu menerusi pendekatan skrip lebih ringkas, penyampaian yang dinamik manakala durasi pula dipendekkan daripada sejam kepada 30 minit bersempena ulang tahun ke-77 RTM.
Di penghujung siaran, Yeoh turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun ke-77 kepada RTM sebelum mengakhiri segmen dengan mengungkapkan 'Teman Setia Anda', yang merupakan moto stesen penyiaran itu.
Beliau juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan wajahnya serta pembaca berita RTM lain beserta kapsyen "bucket list" berhubung pengalamannya membaca berita di stesen televisyen milik kerajaan tersebut, yang bersiaran pada 8 malam setiap hari.
"Terima kasih @beritaRTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai penyampai pertama untuk segmen ini," katanya dalam satu lagi hantaran di laman Instagram ketika mempromosi Stadium RTM, Khamis lepas (30 Mac).
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).
Selain Stadium RTM, wajah baharu Berita Perdana turut dimantapkan dengan satu lagi segmen baharu iaitu "H-Klik" yang mengetengahkan perkembangan seni kreatif dan hiburan tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April). - Foto BERNAMA

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

KBS umum 16 anggota baharu PSM sesi 2023/2025
Pelantikan keanggotaan baharu itu dilakukan bagi memastikan hala tuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah
Hamidin berkata, perkara itu akan terus dibawa untuk perhatian Hannah yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG.

KBS percaya BWF ada sebab kukuh beri pengiktirafan kepada Chong Wei
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada Chong Wei.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Henti salahkan Hannah, MSN perlu bertanggungjawab - Hamidin
Tumpuan perlu diberikan kepada MSN bagi meningkatkan lagi prestasi atlet negara selepas Malaysia hanya mengumpul keseluruhan 34 berbanding 40 emas yang disasarkan.

KBS umum syarat mohon geran padanan dalam masa terdekat
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan syarat permohonan dana geran padanan kepada penggiat industri sukan dalam masa terdekat.

Dewan Rakyat: Hannah Yeoh kemuka fakta isu 'ketidakstabilan politik jejas prestasi atlet'
Seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus bagi pelaksanaan program latihan senior di bawah program podium.

Sukan mesti dijauhkan daripada politik
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi selesaikan masalah kewangan persatuan sukan.

Perlu nilai semula sukan teras, jika tidak Malaysia akan ketinggalan - Hannah
Malaysia perlu menilai semula sukan teras sedia ada dalam usaha memperbaiki mutu sukan negara terutama melibatkan kejohanan di peringkat antarabangsa.