awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia - Boleh mengawal peranti dan komputer

Amanz
Amanz
30/01/2024
15:40 MYT
Implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia - Boleh mengawal peranti dan komputer
Siapa penerima pertama teknologi antara muka otak manusia dan komputer masih belum diumumkan oleh Neuralink ketika artikel ini ditulis. - Gambar Amanz
Neuralink syarikat tunas rintis milik Elon Musk telah memasang implan otak pertama mereka pada manusia pertama semalam.
Menurut Musk, keputusan awal menunjukkan implan mampu mengesan isyarat neuron yang memberangsangkan.
Siapa penerima pertama teknologi antara muka otak manusia dan komputer masih belum diumumkan oleh Neuralink pada waktu artikel ditulis.
Musk turut mengumumkan produk pertama yang dikeluarkan oleh Neuralink ialah Telepathy. Ia membolehkan peranti pintar dan komputer dikawal dengan hanya penggunanya berfikir.
Pengguna awal ialah mereka yang kehilangan keupayaan mengawal anggota.
Telepathy akan membolehkan proses menaip lebih pantas berbanding sistem sedia ada untuk insan lumpuh.
Neuralink bukan syarikat pertama yang berjaya menghasilkan peranti antara muka otak manusia dan komputer.
Tahun lalu implan otak rekaan penyelidik University of California, San Francisco, dan University of California, Berkeley membenarkan pesakit strok bercakap dengan hanya berfikir.
Sementara itu BrainGPT oleh University of Technology Sydney pula membaca gelombang otak untuk menaip tanpa implan dibenam terus pada otak. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Neuralink
#implan otak
#pesakit strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan