MALAYSIA
Import LNG dari AS tertakluk kepada keperluan negara - Anwar
Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengimport lebih daripada apa yang disyaratkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Petronas untuk mengimport gas asli cecair (LNG) tambahan dari Amerika Syarikat (AS) adalah tertakluk kepada keupayaan dan keperluan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengimport lebih daripada apa yang disyaratkan.
"Saya tidak fikir ini menjadi satu masalah kerana kita hanya mengimport apa yang kita perlukan dan berdasarkan terma komersial yang tidak akan membebankan Petronas dan negara," kata beliau pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang ingin mengetahui impak prasyarat oleh AS untuk negara mengimport LNG tambahan berjumlah US$3.4 bilion setahun bersamaan 4.0 juta tan metrik setahun kepada Petronas.
Anwar berkata perlu diingat bahawa negara juga mengeksport dan jika harga itu kompetitif, projek tersebut dianggap conventionally viable dan ada kemunasabahannya.
"Kita import tambahan termasuk dari AS jika menguntungkan kerana keperluan kita dan hasil kita masih lagi diperlukan di Jepun, Korea dan China. Permintaan (daripada) China itu adalah tinggi," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri menegaskan keputusan Petronas untuk mengimport LNG tambahan dari Amerika Syarikat bergantung kepada keperluan negara dan terma komersial yang tidak membebankan.
- Malaysia hanya akan mengimport LNG jika ia menguntungkan, dengan mengambil kira permintaan tinggi dari negara seperti Jepun, Korea dan China.
- Anwar menjelaskan projek import LNG dianggap wajar jika harga kompetitif, dan Malaysia juga merupakan pengeksport LNG yang aktif.