awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imran Khan didakwa dedah rahsia 'diplomatik'

Bernama
Bernama
23/10/2023
10:25 MYT
Imran Khan didakwa dedah rahsia 'diplomatik'
Hakim Mohamed Zulqarnain berkata Khan dan bekas menteri luar mesti dibicarakan kerana mendedahkan rahsia negara semasa perhimpunan awam.- Gambar fail/Reuters
ISLAMABAD: Sebuah Mahkamah di Pakistan pada Isnin mendakwa bekas perdana menteri Imran Khan kerana "membocorkan kandungan sulit diplomatik" menjelang pilihan raya umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perkara itu disahkan oleh parti Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Hakim Mohamed Zulqarnain berkata Khan dan bekas menteri luar mesti dibicarakan kerana mendedahkan rahsia negara semasa perhimpunan awam.
Tribunal khas itu akan merekodkan keterangan saksi-saksi pada hujung minggu ini, umum mahkamah selepas pendengaran pra-perbicaraan di dalam sel penjara Khan.
Kedua-dua ahli politik itu mengaku tidak bersalah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya umum.
Pilihan raya umum Pakistan dijangka diadakan pada awal tahun depan.
Sementara itu, PTI dalam satu kenyataan berkata peguam mereka akan memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan memulakan perbicaraan.
Bekas bintang sukan berusia 70 tahun itu berdepan beberapa tuduhan sejak penyingkirannya sebagai perdana menteri pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#bocor rahsia diplomatik
#perdana menteri pakistan
#Pakistan Tehreek-e-Insaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan