Skip to main content

Malaysia

'Imran Koyube' ditahan polis, disiasat kes penipuan

SHAH ALAM, 11 Mac -- Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini berhubung dua sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan bunga ganja lebih 200 kilogram (kg) bernilai RM14.6 juta di beberapa kawasan di negeri itu pada awal bulan ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dua individu dilanjut reman lima hari lagi untuk siasatan kes seleweng dana kira-kira RM230 juta. - Foto fail/BERNAMA

SHAH ALAM: Individu dikenali 'Imran Koyube' ditahan polis pada Jumaat untuk siasatan kes penipuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, lelaki itu kini sedang direman empat hari sehingga 28 April untuk membantu siasatan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.

Advertisement

"Difahamkan, lelaki ini juga ada melibatkan kes di beberapa kontinjen negeri lain dan kami (polis Selangor) akan berkolaborasi dengan kontinjen terbabit.

"Di Selangor setakat ini ada satu kes yang kami terima dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas program Larian Diraja Selangor Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di Elmina Lake Side Mall di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mengenai jumlah kerugian dan modus operandi, perkara itu masih dalam siasatan.

Jelasnya, beri ruang dan peluang kepada pihak polis melengkapkan siasatan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang wanita mendakwa identitinya terus digunakan untuk urusan hutang oleh suspek yang juga bekas suaminya tanpa pengetahuan.

Dalam pada itu, kes penipuan melibatkan individu terbabit turut mendapat perhatian selepas pendedahan tular di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, suspek didakwa pernah terlibat dalam kegiatan penipuan sebelum ini sebelum kembali aktif menggunakan identiti dan nama agensi berbeza. - Sinar Harian

 

 

 

Must Watch Video