MALAYSIA
IMT-GT 2025 angkat nilai integriti, inovasi dan kelestarian - Fadillah

Fadillah berkata anugerah IMT-GT 2025 bukan sekadar pengiktirafan, sebaliknya isyarat jelas bahawa IMT-GT bersedia memacu pertumbuhan yang digerakkan sektor swasta dengan sokongan kerajaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penganjuran sulung Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Regional Business Excellence Awards (RBEA) 2025 membuktikan komitmen tiga negara dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi berasaskan integriti, inovasi dan kelestarian.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penganjuran sulung IMT-GT Regional Business Excellence Awards (RBEA) 2025 membuktikan komitmen Indonesia, Malaysia dan Thailand memperkukuh ekonomi berasaskan integriti, inovasi dan kelestarian.
- Anugerah itu mengiktiraf syarikat yang mengutamakan tanggungjawab iklim melalui Green City Action Plan (GCAP), termasuk ekonomi kitaran, pekerjaan hijau dan laporan berimpak alam sekitar.
- Fadillah menegaskan kepentingan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperluas rantaian nilai merentasi sempadan bagi menyokong transformasi ekonomi hijau serantau.
Fadillah turut menekankan dasar utama negara seperti National Energy Transition Roadmap (NETR), New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebagai isyarat pelaburan kepada pasaran serantau.
RBEA 2025 juga mengiktiraf syarikat yang mengutamakan tanggungjawab iklim melalui Green City Action Plan (GCAP), termasuk amalan ekonomi kitaran, penciptaan pekerjaan hijau dan laporan berimpak kewangan serta alam sekitar.
Beliau menegaskan, tenaga kerja berkemahiran tinggi seperti jurutera, saintis data, juruteknik dan pengurus kelestarian perlu dilahirkan bagi menjayakan transformasi ekonomi hijau serantau.
“Gunakan platform ini untuk memperluas rantaian nilai merentasi sempadan dan jalinkan kerjasama bandar dalam projek GCAP melibatkan tenaga, mobiliti, sisa, air, dan alam semula jadi.
"Tingkatkan kemahiran tenaga kerja anda, dan ukur impak yang dihasilkan kerana apa yang diukur, itulah yang akan dibiayai,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami