awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imunisasi elak penyakit berjangkit

Bernama
Bernama
27/06/2016
00:12 MYT
Imunisasi elak penyakit berjangkit
Ibu bapa dan penjaga digesa melengkapkan program imunisasi untuk anak-anak mereka bagi mencegah dan mengurangkan penyakit berjangkit. - Gambar fail
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menggesa ibu bapa dan penjaga melengkapkan program imunisasi untuk anak-anak mereka bagi mencegah dan mengurangkan penyakit berjangkit.
Pengarahnya Dr Mohamad Omar berkata ibu bapa perlu peka bahawa pemberian imunisasi secara suntikan atau oral adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria.
Katanya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 85 kanak-kanak tidak mendapat perlindungan imunisasi secara lengkap berbanding 72 pada tahun lepas.
"Jumlah ini sangat membimbangkan kerana ia semakin menunjukkan peningkatan ketara sejak tahun 2013 dengan hanya 22 orang diikuti 47 orang pada tahun sebelum itu," katanya ketikla dihubungi di sini pada Ahad.
Menurutnya walaupun tiada kes jangkitan difteria dilaporkan di Terengganu setakat ini namun langkah awal perlu diambil dengan golongan ibu bapa perlu memainkan peranan.
Dr Mohamad berkata kegagalan atau keengganan ibu bapa mendapatkan vaksin untuk anak mereka bukan sahaja membahayakan nyawa anak-anak dan anggota keluarga, malah anggota masyarakat yang lain.
"Pelbagai alasan yang diberikan seperti untuk mendapatkan perubatan alternatif dan tidak perlu mengambil suntikan itu, takut anak mereka mendapat kesan sampingan serta menunggu anak mereka mendapat ketahanan secara semulajadi.
"Hal ini timbul akibat salah faham dan kepercayaan masyarakat yang mendapat maklumat daripada sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya," katanya.
Pada 18 Jun lepas, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia di Melaka akibat difteria dan empat hari kemudian seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun di Kedah meninggal dunia akibat penyakit sama.
Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-dua mangsa tidak menerima imunisasi lengkap.
Topic Berkaitan
#difteria
#Dr Mohamad Omar
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan