awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imunisasi oral polio diberi pada kanak-kanak bawah lima tahun di Sabah

Bernama
Bernama
27/12/2019
20:46 MYT
Imunisasi oral polio diberi pada kanak-kanak bawah lima tahun di Sabah
Objektif utama kempen ini adalah untuk semua kanak-kanak di bawah lima tahun diberikan imunisasi secara oral seterusnya mencegah kejadian jangkitan penyakit polio di Sabah. - Gambar hiasan
Kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Sabah akan diberikan imunisasi polio secara oral dalam usaha mencegah penularan virus itu yang dikesan di negeri ini baru-baru ini.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata imunisasi itu akan diberikan secara berperingkat bagi memastikan Sabah bebas daripada polio.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperluaskan kempen imunisasi ke seluruh daerah di Sabah terutamanya di kawasan yang berisiko.
"Objektif utama kempen ini adalah untuk semua kanak-kanak di bawah lima tahun diberikan imunisasi secara oral seterusnya mencegah kejadian jangkitan penyakit polio di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Imunisasi Polio (KIP) 2019/2020 di Dewan Taman Telipok Ria, di sini pada Jumaat.
Poon berkata kempen yang bermula pada Jumaat telah memberikan imunisasi polio kepada lebih 1,000 kanak-kanak di kawasan itu.
Sementara itu, Pengarah JKNS Datuk Christina Rundi berkata jabatan itu menyasarkan menjelang Jun tahun depan setiap kanak-kanak di Sabah telah diberikan sebanyak dua dos imunisasi polio.
Beliau berkata imunisasi polio secara oral akan diberikan selang empat minggu antara dos pertama dan kedua.
Sementara itu, penduduk taman berkenaan, Darna Amir, 33, berkata dia mendapatkan imunisasi polio untuk anaknya yang berumur 11 bulan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata walaupun sebelum ini anaknya telah menerima vaksin itu, namun imunisasi polio pada kali ini adalah sebagai imunisasi tambahan kepada anaknya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imunisasi oral
#kawalan kesihatan
#penyakit
#polio
#rawatan
#Sabah
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan