KUALA LUMPUR: Sejak pandemik COVID-19 muncul tahun lalu, banyak negara anggota ASEAN kini bergelut dengan lonjakan jangkitan diburukkan lagi dengan kemunculan pelbagai varian baharu terutamanya varian Delta.
Pada Jumaat, Indonesia mencatat 54,000 kes baharu harian sementara Malaysia (12,541), Thailand (9,692), Myanmar (6,194), Filipina (5,676) dan Vietnam (3,336). Semua negara, kecuali Singapura dan Brunei, menyaksikan peningkatan jumlah kes baharu.
Meskipun semua negara blok itu telah meningkatkan usaha vaksinasi dengan Malaysia mendahului kadar vaksinasi menyaksikan lebih 400,000 dos vaksin diberikan sehari, namun masih tidak dapat membendung peningkatan kes baharu.
Apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku?
Ahli akademik Prof Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia berkata keadaan itu mungkin disebabkan negara ASEAN belum mencapai imuniti kelompok.
"Walaupun jumlah vaksinasi kelihatan memberangsangkan, tanpa imuniti kelompok, keadaan tetap tidak berubah. Ini bermakna ASEAN harus menggandakan usaha ke arah mencapai imuniti kelompok secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut data terbaru oleh OurWorldInData.org, di antara 10 negara ASEAN, Singapura mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dengan 42.4 peratus penduduknya sudah lengkap divaksin diikuti Kemboja (24.5 peratus), Malaysia (13.1 peratus), Laos ( 9.4 peratus), Indonesia (5.9 peratus), Thailand (4.8 peratus), Brunei (4.3 peratus), Filipina (3.7 peratus), Myanmar (2.8 peratus), Vietnam (0.3 peratus).
Imuniti kelompok boleh dicapai apabila sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk lengkap divaksin.
Prof Dr Zaid berkata untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin bukan dengan sekadar membendung peningkatan kes baharu tetapi memastikan pandemik itu tidak bertukar menjadi endemik.
Oleh itu, katanya kerjasama rentas sempadan dalam kalangan negara ASEAN perlu dipertingkat terutama mengenai usaha bantuan COVID-19 dan memastikan bekalan vaksin yang mencukupi di seluruh rantau ini.
"Sebagai sebuah blok, anggota ASEAN, tidak boleh bekerja sendirian dalam mengekang penularan varian baharu," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Harris Zainul berkata tiada satu vaksin pun yang diluluskan oleh semua negara anggota yang katanya, menjadi halanggan pertama dalam menangani isu berkaitan bekalan atau berkongsi vaksin, malah bagi mengiktiraf pasport vaksin.
"Andai kita melihat kepada vaksin Covishield sama seperti vaksin AstraZeneca, itu pun hanya 80 peratus saja negara anggota meluluskannya untuk kegunaan domestik.
"Selain itu, jika dilihat kepada vaksin lain terutama yang dihasilkan Sinopharm dan Sinovac China, ia hanya diiktiraf tujuh negara ASEAN," katanya.
Dan juga, pengiktirafan vaksin secara bersama menjadi langkah pertama dalam usaha mengatasi permasalahan berkaitan pengiktirafan pasport vaksin, tidak kira sama ada ia pasport secara digital mahupun fizikal.
Mengenai implikasi pandemik COVID-19 yang berpanjangan di rantau ini, Prof Dr Zaid bimbang jutaan orang berisiko dilanda kemiskinan melampau akibat pengangguran dan beban kewangan.
Sekatan pergerakan yang dikuat kuasa untuk membendung virus menyumbang kepada tekanan mental, perilaku yang ganas dan masalah sosial lain.
"Apa yang merisaukan saya ialah sektor pendidikan yang terjejas teruk dan kesannya akan dilihat dalam jangka panjang," katanya sambil menambah pandemik yang berpanjangan turut menyebabkan ketidakstabilan politik dan memperlahankan proses pemulihan pasca pamdemik.
Mengulas mengenai pemulihan pasca pandemik, Harris berkata Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF) yang disahkan pada 2020 menyedari bahawa pandemik masih menular, oleh itu kerangka kerja itu akan bertindak sebagai langkah proaktif, fleksibel dan tangkas untuk menanggani perubahan.
"Ini seharusnya cukup untuk melindungi ACRF daripada kekurangan atau kejutan jangka panjang, bermakna ia masih amat relevan ketika ini, sama seperti sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Sejak pandemik COVID-19 muncul tahun lalu, banyak negara anggota ASEAN kini bergelut dengan lonjakan jangkitan diburukkan lagi dengan kemunculan pelbagai varian baharu terutamanya varian Delta. - Gambar hiasan/BERNAMA
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.